Latar Belakang

Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Utara terletak dalam daerah Kuantan dan bersempadan dengan daerah Jerantut dan Maran. Jarak sekolah dari Bandar Kuantan ialah 225 kilometer, sementara dari Bandar Jengka, 65 kilometer dan 85 kilometer dari Bandar Jerantut.

Sejarah pengwujudan SMK Lepar Utara adalah pada 2hb. Disember 1991 memulakan sesi persekolahan dengan menumpang di bangunan sementara. Pada 15hb. Mei 1992, SMK Lepar Utara mendapat bangunan sendiri sepenuhnya. Keluasan tanah SMK Lepar Utara seluas 14.2 ekar.

Dari segi fizikal, SMKLU mempunyai 6 blok bangunan untuk bilik darjah, makmal sains, makmal komputer, pejabat, bengkel dan dewan. Di samping itu sekolah juga lengkap dengan kantin, surau dan astaka. Pada Jun 2002, SMKLU telah dinaik taraf ke gred A dan pada tahun 2003, SMKLU telah ditambah dengan dua blok bangunan asrama pelajar. Satu blok untuk pelajar lelaki dan satu blok untuk pelajar perempuan.

Pada mulanya pengurusan sekolah SMKLU adalah di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan. Namun pada tahun 2005, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut.

Pengetua pertama yang berkhidmat di SMKLU ialah Encik Hamdan Bin Mahmood, diikuti oleh Encik Rosdi Bin Ismail, En. Saballah Bin Taib dan Tn. Hj. Rahim Bin H. Musthaffa sejak 4hb. Julai 2005 hingga 1hb. Disember 2006. SMK Lepar Utara telah menerima pengetua baru, Tn. Haji Manan Bin Ismail pada 5hb. Disember 2006 yang mencatat sejarah apabila mendapat pengetua yang berasal daripada kalangan warga pendidik Jerantut. Sebelumnya, pengetua-pengetua berasal dari lain-lain daerah. En. Hamdan Mahmood berasal dari Kuala Lipis, En. Rosdi Ismail dari Kuantan, Tn. Haji Saballah Taib dari Temerloh dan Tn. Haji Rahim Musthaffa dari Kemaman. Selepas Tn. Hj Manan, Tn Hj Muhamad bin Awang Nik mengantikan beliau yang kini ke JPN Pahang.Selama sebulan, 1 April hingga 3 Mei 2009 En Zulkefli bin Badion menjalankan tugas penanggungan kerja pengetua sebelum kehadiran Tn Hj Yusri bin Hj Marjan menjadi pengetua ke 8 di SMK Lepar Utara.



info guru -  


data1 -



data2 -